88 Seafood Restaurant
Jumaat yang lepas me and Si Adam memberanikan diri untuk mencuba 88 Seafood Restaurant buat pertama kali setelah merujuk internet untuk tempat-tempat makan yang best. Jarang sekali saya berani mempertaruhkan makan malam dengan tempat yang baru. Takut tak sedap nanti I emo pulak. Disebabkan harga restoran ni yang amat berpatutan, apa salahnya mencuba kan?
Malangnya, map yang diberikan oleh website tertentu amat mengelirukan. Mula-mula kita ingatkan restoran ni kat Kampung Cempaka. So kita pun round and round dalam Kampung Cempaka puas mencari nama 88. Tak jumpa-jumpa jugak sampai ke entah mana semua jalan pun dead end. Tiba-tiba Si Adam mendapat idea mungkin restoran tu kat Aman Suria kot. Sebab dalam tu pun namanya Sunway Mas jugak. So off we went.
Bingo, memang 88 Seafood Restaurant situated at Aman Suria. So sesiapa yang nak pergi janganlah pergi ke Kampung Cempaka pulak. Kita sampai pada pukul 9 p.m. memang restoran tu dah penuh sangat. Dahlah stucked kat jam hampir 15 minute, lepas tu sesat lagi 20 minute adoi. Bukan senang nak cari makan.
Menunya amat comprehensive semuanya ada. Takut takde duit je.
Guiness Pork Rib (RM12)
Salted Egg Squid (RM10)
Steam Pak Sok Kung (Catfish RM15)
Today's special Japanese Sawi (RM3)
The speciality of the restaurant is the price for fishes. Hampir semua lauk ikannya amatlah murah dan berpatutan. Manalah nak dapat ikan sebesar tu dengan harga RM15? Kalau ada tolong kasi tau I. Jika anda visit the restaurant please check out the list of dishes for Today's special. Harganya lebih murah berbanding yang lain.
Dishes yang kita order tu memang terlampau banyak bagi 2 orang. Tapi tak boleh tahan lah tengok gambarnya yang enak-enak belaka. Selain harganya yang murah, makanan pun sedap. Kalau tidak buat apa semua orang pergi sana kan. Total bil cuma RM44.50 termasuk 2 mangkuk nasi dan 1 teko teh cina. Lain kali tak tau nak makan kat mana, tak payah susah-susah perah kepala otak. Pergi je 88 Seafood Restaurant ;)
0 love notes